SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Khamis, Februari 11, 2010

Sekolah Kebangsaan Kimanis Papar juara MSSM Zon Bongawan 2010



BONGAWAN : Sekolah Kebangsaan Kimanis Papar muncul juara kejohanan sukan MSS Zon Bongawan Kali ke-2 bagi tahun 2010 dengan kutipan pingat 4 emas, 4 perak dan 3 gangsa.
Kejohanan kali ini dikelolakan oleh SK Pekan Kimanis dan berlangsung selama dua hari di padang sekolah SK Nyaris-nyaris Bongawan.
Kejohanan ini disertai oleh sembilan buah sekolah dalam Zon Bongawan, antaranya SK Pekan Kimanis(tuan rumah), SK Kimanis, SK Nyaris-nyaris, SK Pekan Bongawan, SK Sumbiling, SK Mandahan, SK Viging, SK Ulu Lumagar dan SJK(C) Bong Hwa.
Tempat kedua jatuh kepada SK Nyaris-nyaris sementara tempat ketiga dikongsi bersama SK Pekan Kimanis dan SK Pekan Bongawan.
Olahragawan dan olahragawati jatuh kepada adik Mohd.Rizuan Alwi dan Siti Nuraqila Jamil kedua-duanya dari SK Kimanis.

Majlis perasmian penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Pekan Kimanis Tuan Hj.Zaini Abdullah.Dalam ucapannya Hj.Zaini berkata, “seperti yang kita semua sedia maklum sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan. Kita juga boleh melihat kekuatan mental yang mampu mempengaruhi corak permainan di samping kekuatan fizikal yang dimiliki. Selain itu semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit juga dapat melatih diri para atlit untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan memberi respon dalam pelbagai situasi. Sekiranya menang ataupun tewas dalam sesuatu pertandingan atlit dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Yang penting kita hendaklah bermain dengan
penuh semangat kesukanan.


Olahragawan dan olahragawati MSS Zon Bongawan 2010

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP