SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Sabtu, Februari 20, 2010

Kunjungan Hormat


Jainudin Hj.Jabidin, Head of Corporate Services wakil kepada Kimanis Power Sdn Bhd (KGSB) sebuah syarikat usahasama antara PETRONAS Gas Bhd and MGR Consortium(Sabah)Sdn Bhd sebuah unit di bawah Yayasan Sabah telah membuat kunjungan hormat ke SK.Kimanis Papar dan berbincang dengan Guru Besar SK.Kimanis En.Yusoff Minin untuk melaksanakan satu aktiviti gotong- royong,aktiviti motivasi bagi pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini dan menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah rendah dalam Zon Bongawan.
Program tersebut akan berlangsung pada 25.02.2010 bermula jam 9.00 pagi bertempat di perkarangan sekolah tersebut.
Dalam gambar kelihatan Jainudin(2 dari kiri) menyatakan sesuatu kepada Guru Besar SK.Kimanis Yusoff Minin (kanan sekali).

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP