SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Selasa, Ogos 25, 2009

DARI MEJA GURUBESAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan syabas kepada semua guru SK. Kimanis, Papar (SKKP), khususnya Encik Harris Zhafri Mohd Noor dan Cik Emily S. Majanun, atas usaha mereka untuk merealisasikan website SKKP ini. Semoga dengan wujudnya website ini ianya akan dapat menjadi wadah dan saluran yang terbaik dalam memberikan sumbangan berupa idea dan juga saranan dalam proses meningkatkan usaha serta memberikan komitmen yang tinggi dengan tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai pendidik ke arah merealisasikan hasrat, objektif dan juga matlamat sekolah yang telah dipersetujui bersama dalam menentukan hala tuju sekolah sebagai sebuah institusi yang semestinya akan melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek khususnya kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah diri murid.

Telah sekian lama SKKP menanti akan kewujudan website ini walaupun nampak ringkas namun kita telahpun memulakan langkah ke arah dunia ICT, untuk perjalanan beribu batu telahpun dimulakan dengan langkah pertama dan insyaallah ianya akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan mengikut kesesuaian semasa.

Mudah-mudahan kewujudan website SKKP ini wajar dijadikan medan dan pautan dalam kerjasama saling membantu di kalangan warga guru di mana sahaja dan seterusnya menterjemahkannya melalui tindakan yang akan menjurus kepada tercapainya cita-cita dan hasrat murni kita untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan secara langsung memperkasakan sekolah dalam kita menyahut cabaran arus pendidikan global.


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


YUSOFF BIN MININ

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP