SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Jumaat, November 20, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009


KIMANIS: “Sekolah sebagai gedung ilmu yang tersusun diharapkan dapat menyusun aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi memberikan pendedahan yang berguna dalam dunia globalisasi yang akan datang Kata Pengerusi PIBG SK.Kimanis Papar Tuan HJ.Wahab Ajak Ketika mersamikan majlis anugerah kecemerlangan pelajar 2009 sekolah tersebut.

Wahab juga berkata “Hari Anugerah Cemerlang merupakan hari yang begitu bermakna bagi kita semua. Pada hari ini kita akan dapat melihat pencapaian murid-murid melalui penilaian yang telah diadakan oleh pihak sekolah samada melalui peperiksaan yang formal ataupun penilaian yang berterusan di dalam kelas. Saya bagi pihak ibubapa amat mengharapkan supaya anak-anak kami terus meningkatkan ilmu pendidikannya di sini.

Kami selaku PIBG di sekolah ini akan membantu sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan tugas mendidik anak-anak kami.Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar anak-anak kami dengan penuh tanggungjawab. Kepada rakan-rakan ibu bapa sekalian, jangan cepat puas hati dan putus asa. Kita haruslah sama-sama berganding bahu untuk berusaha membantu anak-anak kita di rumah supaya mereka mendapat peratusan keputusan peperiksaan yang lebih baik di masa akan datang tegas beliau pada majlis tersebut.

OLEH ZAINI JAIR

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP