SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Jumaat, Oktober 30, 2009

“Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia SK.KIMANIS PAPAR"

"Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia SK.KIMANIS Papar" telah dijayakan tepat jam 9 pagi pada jumaat. Program ini dijalankan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar dan pelbagai program telah dijalankan selama seminggu di sekolah ini.

Dengan sedikit pengubahsuian aktiviti, program ini di mulakan dengan aktiviti bacaan yassin oleh para pelajar tahun enam dan tahun tiga di surau sekolah kemudian di ikuti dengan aktiviti perhimpunan dengan menyanyikan lagu-lagu Patriotik Pilihan termasuk lagu rasmi 1 malaysia.

Selaras dengan konsep 1 Malaysia, seluruh pelajar yang berbilang kaum di SK.Kimanis terlibat dengan pelbagi aktiviti yang telah di rancang, antarnya pertandingan membaca bahasa melayu dan inggeris bagi pelajar tahap satu, permainan bahasa bagi pelajar tahap dua, penghasilan buku skrap 1 Malaysia bagi pelajar tahap dua, membaca buku 10 minit setiap hari sebelum waktu rehat dan teka sialang kata (BM) serta Crossword (BI).

Program ini bertujuan Mengerakan program/aktiviti galakan membaca, Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat). Sasaran Kem Membaca 1Malaysia tentulah semua murid SK.Kimanis.


Bacaan yasin oleh pelajar Tahun 6 dan Tahun 3



Perhimpunan sempena pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP