SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Jumaat, Ogos 28, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Bulan Kemerdekaan semestinya satu aktiviti yang perlu dijalankan pihak sekolah bagi memperingati jasa kepimpinan YTM Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dalam membawa negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan yang bebas dari kekangan penjajah. Kanak-kanak masa kini wajar diberi pendedahan dan penekanan mengenai pentingnya untuk mereka menghargai kemerdekaan dan kebebasan yang dirasai pada masa ini.

Atas dasar itu, pihak sekolah telah menganjurkan sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 19 dan 21 Ogos yang lalu. Acara ini dimulakan dengan sesi ceramah oleh pihak JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). Pihak JASA telah menghantar wakil mereka, En.Helmi Daud untuk menyampaikan kepada warga sekolah mengenai Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri kita.



En. Helmi Daud menerangkan secara jelas mengenai prinsip dan nilai - nilai yang ingin dipupuk melalui gagasan 1Malaysia, nilai rendah hati, ketabahan, penerimaan, kesetiaan dan integriti adalah amat penting dalam usaha mencapai matlamat gagasan 1Malaysia. Pihak KPKK, bertanggungjawab dalam membantu pihak kerajaan menyampaikan maklumat dan memberikan penerangan secara jelas mengenai 1Malaysia kepada rakyat agar mereka boleh menghayati dan memahami apa yang cuba dibawa melalui gagasan ini. Sesi ceramah ini diakhiri dengan sesi Kuiz Merdeka yang dibuka kepada murid-murid yang turut hadir mendengarkan ceramah tersebut.

Antara acara lain yang di jalankan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan pertandingan melukis bagi Tahap 2. Murid-murid Tahap 1 diberikan gambar yang membawa maksud 1Malaysia untuk diwarnakan, manakala murid - murid Tahap 2 diminta untuk melukis suasana merdeka dalam konteks 1Malaysia.




Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP