SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Selasa, September 01, 2009

Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR

Usaha untuk memantapkan lagi persediaan murid - murid dalam menghadapi peperiksaan penting UPSR telah mendorong pihak sekolah dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Selatan untuk menganjurkan program motivasi dan teknik menjawab soalan UPSR 2009. Program yang dijalankan selama dua hari ini diharap dapat memperkasakan lagi pengetahuan sedia ada para murid agar mereka dapat melakukan yang terbaik untuk menjawab soalan peperiksaan nanti. Ahli panel penceramah yang dijemput untuk setiap sesi adalah antara guru-guru yang berpengalaman luas dalam menyediakan dan memeriksa kertas soalan UPSR yang sebenar.







Gurubesar dalam ucapan alu-aluannya pada majlis perasmian penutupan mengharapkan agar pelajar tidak ponteng sekolah dalam masa terdekat ini agar mereka boleh mempersiapkan diri dengan latih tubi yang diberikan oleh para guru. Beliau juga menyatakan bahawa pemberian sagu hati dalam bentuk wang tunai akan diberikan kepada murid yang berjaya mendapatkan 5A. Beliau juga menyeru para murid untuk mensasarkan target mereka kepada yang tertinggi sekali agar mereka mempunyai motivasi untuk melakukan sehabis mungkin dengan daya usaha mereka.


Dalam ucapan perasmian penutupan program ini, En. Zulhairi selaku Ketua Pentadbir Operasi Kumpulan Yayasan Sabah Zon Selatan menyatakan bahawa, pihak YS sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah memajukan sektor pendidikan di kawasan-kawasan luar bandar. Dengan bantuan sumbangan dana kepada pihak sekolah, adalah diharapkan agar murid-murid dapat mengambil kesempatan sepenuhnya dalam membekalkan diri dengan ilmu yang cukup. Beliau juga memberitahu, pihak YS sentiasa akan cuba untuk menaja murid - murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk belajar di sekolah berasrama penuh yang terbaik di seluruh negara ini, disamping menyeru agar mereka sentiasa menjaga kesihatan sepanjang masa, beliau juga meminta agar murid - murid tekun mengulangkaji dan membuat latih tubi yang bersesuaian. Pihak YS juga menjanjikan saguhati berupa wang tunai kepada pelajar yang cemerlang mendapat 5A ataupn 4A. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau membawa semua murid - murid Tahun 6 untuk sama-sama berdiri dan membacakan ikrar 'Aku Janji' agar mereka akan berusaha dengan tekun untuk meraih kejayaan yang diimpikan oleh mereka.



Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP