SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Jumaat, September 09, 2011

RM40 Ribu Sumbangan KIMANIS POWER SDN. BHD buat SK.Kimanis



“RM40 Ribu Sumbangan KIMANIS POWER SDN. BHD buat SK.Kimanis”..Terima Kasih Kimanis Power..siapa sangka..Tanggal 8.9.2011 adalah tarikh yang membawa tuah kepada seluruh warga SK.Kimanis apabila di kunjungi sendiri oleh Pengarah Urusan Kimanis Power Sdn Bhd, Encik M. Ali Hashim Mohamad bersama dengan Pengurus Syarikat Kontraktor telah dipertanggung-jawabkan untuk merancang, melaksanakan dan mengoperasikan sebuah Stesen Janakuasa Elektrik atau Independent Power Plant 300 Megawatt di Kampung Kuala Benoni, Papar atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan disini sebagai Batu 30, Jalan Papar-Beaufort. Lokasi ini adalah bersebelahan dengan lokasi Terminal Minyak dan Gas Sabah atau SOGT.
Sumbangan RM40 Ribu itu adalah bertujuan untuk memabantu pihak sekolah membina sebuah pentas dan dewan terbuka bagi SK.Kimanis.
Kehadiran KIMANIS POWER SDN. BHD. dikawasan ini bukan sahaja untuk membawa pembangunan infrastruktur, tetapi juga untuk mencari jalan yang terbaik untuk membantu masyarakat supaya mempercepatkan keupayaan mereka untuk menyertai arus pembangunan, terutamanya dari segi pembangunan modal insan. Adalah menjadi harapan kami semuga sumbangan yang kami sampaikan ini akan dapat menokok-tambah segala usaha yang sedia ada oleh pihak sekolah dan pemaju masyarakat untuk mempergiatkan lagi aktiviti pembangunan yang sedang dan yang bakal dilaksanakan.

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP