SK.KIMANIS PAPAR

Peti Surat 187, 89608 Papar, Sabah.

Selamat Datang

Sabtu, Mac 06, 2010

Program CSR Kimanis Power Sdn Bhd Bersama Para Guru dan Pelajar Sekitar Zon Kimanis

Pengarah Urusan Kimanis Power En M.Ali Hashim Mohamed, menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SK Kimanis En Yusoff Minin

"Kehadiran Kimanis Power Sdn Bhd di kawasan ini bukan sahaja untuk membawa pembangunan infrastruktur, tetapi juga untuk mencari jalan yang terbaik untuk membantu masyarakat supaya mempercepatkan keupayaan mereka untuk menyertai arus pembangunan, terutamanya dari segi pembangunan modal insan. Adalah menjadi harapan kami semoga sumbangan yang kami sampaikan ini akan dapat menokoktambah segala usaha sedia ada oleh pihak sekolah dan pemaju masyarakat untuk mempergiatkan lagi aktiviti pembangunan yang sedang dan yang bakal dilaksanakan", kata Pengarah Urusan Kimanis Power Sdn Bhd Encik M.Ali Hashim Mohamed dalam ucapannya semasa Program CSR Kimanis Power Sdn Bhd Bersama Para Guru dan Pelajar Sekitar Zon Kimanis bertempat di SK Kimanis Papar baru-baru ini.

M.Ali Hashim juga berkata, Program CSR atau Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah dirancang dan laksanakan pada hari tersebut adalah merupakan satu pendekatan untuk membantu masyarakat di samping menerapkan nilai-nilai murni serta memupuk persefahaman intim di antara Kimanis Power Sdn Bhd dan masyarakat tempatan di sekitar Kimanis.

Kimanis Power Sdn Bhd(KPSB) adalah merupakan hasil satu jalinan usahasama pintar di antara dua syarikat gergasi di Malaysia iaitu PETRONAS dan Kumpulan Yayasan Sabah di mana PETRONAS melabur sebanyak 60% equiti melalui PETRONAS GAS Berhad(PGB), sementara Kumpulan Yayasan Sabah pula melabur sebanyak 40% equiti melalui anak syarikatnya, NRG Consortium(Sabah)Sdn Bhd.

KPSB telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksanakan dan mengoperasikan sebuah Stesen Janakuasa Elektrik atau Independent Power Plant 300 Megawatt di Kampung Kuala Benoni, Papar atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan di sini sebagai Batu 30, Jalan Papar-Beaufort. Lokasi ini adalah bersebelahan dengan lokasi Terminal Minyak dan Gas Sabah atau SOGT.

Dengan terbinanya Stesen Janakuasa Elektrik 300 Megawatt ini, maka ianya secara langsung akan dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik di Negeri Sabah serta menjemput lebih banyak para pelabur dari luar negeri untuk membina industri-industri mereka di sini. Disamping itu, pembangunan ini juga sekaligus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

Dalam majlis tersebut Kimanis Power Sdn Bhd(KPSB) telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek kepada beberapa buah sekolah untuk pembelian peralatan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah tersebut. Antara sekolah yang telah menerima sumbangan tersebut ialah SMK Bongawan II Kimanis, SK Kimanis, SK Pekan Kimanis, SK Mandahan, SK Pekan Bongawan, SJK(c)Bong Hwa, SK Sumbiling, SK Viging, SK Ulu Lumagar, Tabika Kemas Kg Brunei Kimanis, Tabika Kemas Kg Gadong, SK Belatik, SK Kelatuan dan SK Buang Sayang Papar.

KPSB juga memberikan sumbangan untuk pembinaan jeti nelayan di Kimanis dan memperbaiki jambatan pejalan kaki di Kg Kelatuan Papar. Gereja Ulu Kimanis turut menerima sumbungan dalam majlis tersebut.

En M.Ali Hashim melancarkan aktiviti gotong-royong mengecat bilik gerakan SK Kimanis

Jumlah Pelawat

PENAFIAN :
Pihak SKKP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk
dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

Back to TOP